Penat Jadi Cikgu  

Saturday, May 16, 2009

Soal Jawab Guru Dan Sin Chan...

Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan pelahan."

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-

Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y- A"
Guru: Bukan, Salah tu.
Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanyasaya macam mana saya mengeja nya,
itu lah yang saya eja !

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Apakah formula untuk air?
Sin Chan: "HIJKLMNO"!!
Guru: Apa yang awak cakap tu?

Sin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana AmerikaUtara.
Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang
tergantung kat hadapan kelas!
Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa AmerikaUtara?
Kelas:
Sin Chan Cikgu!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-

Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10tahun dulu.
Sin Chan: Saya Cikgu!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakit yang di sebabkan olehgigitan serangga?
Sin Chan: Jangan kena gigitserangga.

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -**-*-*-* -*

Guru: "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku secara kebetulan?"
Sin Chan: "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama,pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."


*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, aneh sungguh stokin yang awak pakai ni, satu warnahijau berbintik hitam dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. !
Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan keranaterdapat sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakahawak berdoa sebelum makan?
Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya tahuibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti yang dikarang oleh Adik awak. Adakah awak meniru kerja dia?
Sin Chan: Tidak Cikgu , ia hanya lah anjing yang sama!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *

Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti bercakaptetapi orang tak berminat nak dengar?
Sin Chan: Seorang Guru, Cikgu!

AddThis Social Bookmark Button


Guru Oh Guru  

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan SN Dato Usman Awang

AddThis Social Bookmark Button


Bakal Peneraju Malaysia  

Friday, May 15, 2009

My Students.....














AddThis Social Bookmark Button


Susahnya Jadi Cikgu  

PART I

Che'gu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Che'gu Nasyor akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid-murid baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal.

Che'gu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba-tiba memberhentikan kakinya. Lalu Che'gu Nasyor menyergah muridnya yang bernama Man Tapah.

"Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah"
"Oh Che'gu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Che'gu, sebab tu saya berhenti. Takkan nak kayuh jugak."


PART II

Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Che'gu Nasyor telah bertanya kpd murid²nya.

Che'gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?

Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Tapah lalu Che'gu Nasyor pun berkata,

Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.



PART III

Che'gu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Che'gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek di dapur.
Che'gu : Mana tepungnya??
Man : Tepong kan ke dalam kek tu.... Che'gu nie tak sekolah ke hape??



PART IV

Che'gu Nasyor : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe: Untuk mencari makanan, che'gu
Che'gu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che'gu
Che'gu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Man Tapah pula. Apakah tugas daun pisang?
Man Tapah :untuk membungkus nasi lemak, che'gu...
Che'gu Nasyor : uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas...

AddThis Social Bookmark Button


Mak....  

Thursday, May 14, 2009

Untuk semua teman2 ....

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak


Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

SEMOGA KITA MENJADI ANAK YANG TERBAIK.

AddThis Social Bookmark Button


Hari Paling Gembira  

Wednesday, May 13, 2009

Hari ini mungkin saya lelaki yang paling gembira di dunia. Segala-galanya terasa begitu indah pada pagi ini... Hari ini disahkan isteri tersayang mengandung. tak sabar rasanya nak menunggu untuk mendapat anak yang pertama. Tersemat di hati satu kebanggaan yang amat tinggi.. Segala-galanya menjadi lebh berharga apabila mendapat pujian dan ucapan tahniah daripada keluarga, saudara dan rakan... Tuhan yang maha pengasih.... aku mengucapkan terima kasih padamu....
Thank you god.....


http://farm1.static.flickr.com/49/118088997_3a445dd890.jpg0
1_459088509l.jpg

http://www.cute-baby-names.org/baby-in-pink.jpg

AddThis Social Bookmark Button


LaPtOp pAlIng mAHaL di dUnIa  

Sunday, May 10, 2009

Semalam sathes terjumpa satu laptop yang paling mahal kat dunia... spesifikasinya, boleh lah tahan.



  • Intel Core 2 Duo Processor T5750 (10 GHz, 10000 MHz FSB,10 MB L2 Cache)+
  • 14,1″ WXGA Acer CrystalBrite LCD
  • Up to5 GB Mobile Intel Graphics Media Accelerator X3 100
  • 10 GB DDR2
  • 750 GB HDD
  • DVD Super Multi DL
  • 802.11a/b/g WLAN
  • Bluetooth 10.0+EDR




Inilah la laptopnya.....










AddThis Social Bookmark Button


jEmPuTaN OLeH My MaN UtD....  

Saturday, May 9, 2009

Salam sejahtera sathes83, apa khabar anda?

Minggu yang penuh bermakna untuk pasukan kita Manchester United kerana berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir liga juara-juara eropah buat kali ke-2 berturut-turut!! Tahniah!

Tujuan email ini dihantar adalah untuk memaklumkan kepada anda mengenai aktiviti yang akan diadakan pada minggu ini (9 dan 10 Mei 2009).

Berikut adalah aktiviti pada minggu ini.

Sabtu 9 Mei 2009

Pertandingan Boling Mymanutd.com

Berilah sokongan kepada pemain-pemain yang mengambil bahagian.

Tempat : Bowling Centre, Metro Point, Kajang.
Tarikh : 09-05-2009
Masa : 2:00
Baju : Tshirt Mymanutd yg terbaru

Maklumat lanjut sila layari : http://mymanutd.com/forum/thread-2299.html

Ahad 10 Mei 2009

Official Match View : Manchester United vs Manchester City

Anda dijemput menyertai kami dalam match view ini jika ada kelapangan masa.

Tempat : Red Chair Station, Danau Kota
Tarikh : 10 Mei 2009
Masa : 8 Malam
Person in-charge: IFEELTHEFEVER 0166075384
Tema Pakaian : Man Utd Jersi, t-shirt, jaket, windbreaker, etc.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://mymanutd.com/forum/thread-2293.html

AddThis Social Bookmark Button


bOlA BalIng MsSd kUAla lANGaT 2009  

Tahniah



Pasukan Perempuan Ke 3 Daerah Kuala Langat





Pasukan Lelaki N. Johan Daerah Kuala Langat

AddThis Social Bookmark Button


DoNt cross uR LEg  

For those who do not understand Chinese,
take a look at the photos below:


Those who often cross their legs when sitting for a long period of time,

3 unhealthy things will happen:

1 Their backbone tends to become 'C' shape

2 They will have neck aches and backaches on one side

3 For ladies, the shoulder will tend to slant one side

causing the bra strap to slip down the slanted shoulder.


Try not to cross your legs when sitting.


AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster