Semangat Persaudaraan  

Saturday, July 11, 2009


wah.... x nak... x nak.... x nak......

AddThis Social Bookmark Button


Gotong-Royong megecat kelas...  

(sorry, ingatkan dah publish, rupanya tidak.. ini entri 3 minggu yang lepas.... sorry kesilapan teknikal...)





Sabtu lepas pihak Pesatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah kita menjalankan progrom gotong royong mengecat kelas2 di sebuah bangunan sekolah yang agak kuno.... Oleh sebab nak bagi kelas2 dalam bangunan ni nampak cantik PIBG memutuskan untuk mengecat semula kelas2 yang ada didalam bangunan ini.....

Pak Cik ini dengan penuh bergaya tgh mengecat kelas anak dia.. guru2, tokeh kantin (baju putih) dan parent... cayala... Wah...... Semua kerjasama tu... Guru kelas senyum lebar, sebab pas ini kelas dia mesti menawan... Che man Suami cikgu Rushita pun datang membantu...
Well kami warga sksb, mengucapkan terima kasih pada semua parent yang datang... Thank u very much....

AddThis Social Bookmark Button


Iklan gempak.  

Friday, July 10, 2009


1. Iklan Ray Ban
2. Iklan Aftershave untuk lelaki

3. Iklan Arak..

4. Iklan Handbag

Model2 memang cute muit.....
sapa nak berkenalan ngan model..

pi cari sendiri...

wakakakakaka

AddThis Social Bookmark Button


PPSMI: Kerajaan cuma tangguhkan pemansuhan bukan mansuhkan terus - Pak Samad  


Irwan Muhammad Zain foto Nasir Sudin
Thu Jul 09, 09 4:00:38 pm MYT

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Hrkh) - Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said menganggap kerajaan hanya menangguhkan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) bukan memansuhkan terus dasar gila tersebut.
Beliau juga menegaskan tidak ada sebab bagi kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar tersebut hingga ke tahun 2012 sedangkan ketika mahu melaksanakannya ia boleh dilakukan dalam tempoh enam bulan.

Pengumuman Menteri Pelajaran, tegas beliau, bersifat mengumpan rakyat untuk menghadapi pilihan raya kecil Dun Manek Urai dan juga pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Apa yang diumumkan oleh Muhyiddin itu hanya menangguhkan pemansuhan PPSMI bukan memansuhkannya terus.

"Jika benar mansuhkan, sepatutnya tahun depan semua pelajar tahun satu, tingkatan satu dan tingkatan empat sudah mula belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu.

"Alasan mengatakan untuk mansuhkan perlu ambil masa tidak logik kerana ketika Perdana Menteri keempat dahulu mahu laksanakan hanya boleh ambil masa enam bulan, kenapa Perdana Menteri keenam perlu ambil masa tiga tahun untuk mansuhkan?" soal beliau.

Pak Samad juga menegaskan perjuangan untuk melestarikan bahasa Melayu akan tetap diteruskan biarpun beliau merasa lega dengan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Tegas beliau lagi, demonstrasi jalanraya perlu diadakan sekali lagi tanda komitmen seluruh rakyat membantah PPSMI dan mendesak kerajaan segera memansuhkannya.

"Setiap perkara yang tidak dapat diselesaikan di dalam dewan rakyat perlu diadakan demonstrasi dan demonstrasi itu halal," tegas beliau dalam satu wawancara yang diadakan dengan Harakah yang akan disiarkan dalam keluaran akan datang.

Semalam, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012. - mns-HarakahDaily.Net-

AddThis Social Bookmark Button


Sportsviews.com The Premiere Sports Social Network  

Sunday, July 5, 2009

Sportsviews.com The Premiere Sports Social Network

Shared via AddThis

AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster