Man uTD MeNaNg bErGayA  

Wednesday, May 6, 2009


Awal pagi ini, pasukan kesayangan semua, Manchester United telah mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah (UEFA Champions League) dengan kemenangan bergaya aggregat 4-1. Kemenangan itu terhasil apabila Manchester United membelasah Arsenal 1-3 di stadium keramat Arsenal yang selama ini belum bolos sepanjang kempen UCL musim ini.


Perlawanan di Wembley itu bermula rancak seawal minit pertama lagi, apabila Manchester selaku pasukan pelawat membuat serangan awal. Berbekalkan kemenangan 1-0 di Old Trafford, barisan serangan yang digalas oleh tiga tonggak Rooney, Ronaldo dan Park Ji Sung nyata mengucar-kacirkan pasukan tuan rumah, Arsenal. Hasil daripada serangan yang jitu dan sistematik itu, maka terhasil satu gol yang berpunca dari kesilapan pertahanan muda Arsenal, Gibbs. Park Ji Sung tenang merembat masuk bola ke dalam gol pada minit ke-7 setelah hantaran lintang leret yang dilakukan oleh Cristiano Ronaldo tidak dapat dikeluarkan oleh Gibbs yang tergelincir di dalam kotak penalti.

Gol tersebut membangkitkan lagi semangat pasukan Manchester United. Ternyata taktikal Sir Alex Ferguson berhasil. Hampir setiap masa, bahagian tengah berjaya mengekang cubaan menyerang yang dibuat oleh Arsenal. Barisan tengah yang diketuai oleh Anderson, Carrick dan Fletcher berjaya mengawal perlawanan dan banyak membantu barisan serangan Manchester United dalam membuat serangan balas.


Selang 3minit selepas pertama, Manchester United sekali lagi menggegar jaring. Jaringan pada minit ke-10 itu dihasilkan oleh Cristiano Ronaldo melalui sepakan percuma yang beliau ambil sendiri setelah dijatuhkan di luar kotak penalti oleh pemain lawan kira-kira 25 meter dari pintu gol. Gol itu menambah sengsara pasukan tuan rumah kerana telah memboloskan 2 biji gol ditempat sendiri dan memberi kelebihan buat Manchester United. Kedudukan kekal 0-2 sehigga tamat separuh masa kedua.

Pada separuh masa kedua, Manchester United tidak melakukan sebarang pertukaran. Walaubgaimanapun, Arsenal mengeluarkan pertahanan mereka iaitu Gibbs dan memasukkan Eboue bagi memantapkan bahagian tengah mereka. Perubahan itu mungkin agak membuka ruang buat Arsenal untuk melakukan serangan, tetapi kealpaan bahagian pertahanan mereka sekali lagi mengundang padah. Ketika Arsenal bersemangat membuat serangan, Manchester United mendapat peluang untuk membuat serangan balas apabila Park Ji Sung berada pada situasi yang tidak dikawal dan terus membawa bola ke kawasan Arsenal. Lorongan ke hadapan yang cantik diterima oleh Rooney daripaga Park Ji Sung sebelum Rooney pula membuat lorongan yang singgah tepat ke kaki Ronaldo. Ronaldo yang hanya berdepan dengan penjaga gol dang pertahanan yang agak tertinggal ke belakang dengan mudah merembat masuk gol ketiga Manchester United pada minit ke-60. Gol tersebut ternyata menyentap barisan pemain Arsenal.

Walaubagaimanapun, Arsenal berjaya menghasilkan gol pada minit ke-75 hasil sepakan penalti yang tenang di ambil oleh Van Persie. Pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Arsenal setelah Darren Fletcher dikatakan telah menjatuhkan Van Persie di dalam kotak penalti. Memburukkan lagi keadaan, Fletcher telah dilayangkan kad merah dan menyebabkan beliau terlepas peluang untuk beraksi di pentas akhir.


Gol yang dihasilkan oleh Van Persie sedikit sebanyak membangkitkan semangat pemain Arsenal. Namun, ianya agak terlambat dengan kelebihan aggregat 1-4 nyata berpihak kepada Manchester United. Permainan berkesudahan dengan keputusan 1-3 setelah pengadil meniupkan wisel penamat. Sekali lagi Manchester United melangkah ke pentas akhir. Pencabar yang menanti adalah pasukan yang akan berlawan pada pagi esok, iaitu di antara Barcelona dan Chelsea. Sama-sama kita nantikan keputusannya.

Majulah sukan untuk manutd..

Glory! Glory! Manchester United.


AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ Man uTD MeNaNg bErGayA

Design by Amanda @ Blogger Buster