Merah, kuning serikan Bukit Jalil  

Saturday, April 25, 2009

PASTIKAN Stadium Nasional di Bukit Jalil, Sabtu ini dihiasi dengan warna merah dan kuning.

Ini bermakna, penyokong Kelantan perlu tampil dengan baju berwarna merah sementara penyokong Selangor pula perlu memakai baju warna kuning bersesuaian dengan jersi pasukan masing-masing pada perlawanan akhir itu kelak.

Tujuan utama berbuat demikian adalah untuk mengetahui identiti penyokong kedua-dua pasukan.

Demikian tegas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Hamidin Mohd. Amin semalam.

"Saya meminta semua penyokong Selangor memakai jersi atau baju warna kuning. Kita akan menggunakan jersi tempat lawan berwarna kuning pada perlawanan akhir Piala FA menentang Kelantan, Sabtu ini.

"Selain itu, saya juga menasihatkan penyokong Selangor khususnya dapat membeli tiket lebih awal. FAS sudah menempah 20,000 tiket untuk dijual di Stadium Shah Alam dan Wisma FAS lama di Jalan Maharajalela pada Khamis dan Jumaat.

"Jika perlu, kita akan minta tambahan tiket daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)," katanya pada sidang media di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.

Kosmo

http://faselangor.com.my/images/berita/selangor.jpg

AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster