Kursus Pensijilan Pengurusan Sukan Dan Kejurulatihan Sukan  

Saturday, April 25, 2009

Kursus Pensijilan Pengurusan Sukan Dan Kejurulatihan Sukan Print
Bakat & Pendidikan
Rabu, 18 Mac 2009 00:31

Anjuran Institut Sukan Negara (Isn), Kementerian Belia Dan Sukan (Kbs) Dengan Kerjasama

United States Sports Academy (Ussa)

PENGENALAN

Institut Sukan Negara telah dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan program pendidikan sukan yang berbentuk akademik. Langkah in
i adalah selaras dengan Resolusi konvensyen Sukan yang mencadangkan agar pihak yang berkenaan menyediakan satu struktur pembangunan modal insan bagi membangunkan sukan negara.

YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika merasmikan konvensyen tersebut telah meminta semua pihak untuk bekerjasama meningkatkan pencapaian sukan negara dan mencipta kegemilangan sukan di persada antarabangsa. Kecemerlangan sukan negara mampu mencetus semangat cintakan negara. Di samping itu, Malaysia akan lebih dihormati oleh negara dunia yang lain.

Oleh yang demikian, langkah awal perlu diambil bagi melaksanakan program-program pendidikan jangka pendek dan jangka panjang. Sehubungan dengan itu ISN telah mewujudkan kerjas
ama dengan United States Sports Academy (USSA) bagi merealisasikan misi ini. USSA merupakan satu-satunya universiti sukan di Amerika Syarikat. Ia merupakan satu institusi tanpa untung yang berperanan menyebarkan misi universiti sukan ke seluruh dunia. Sehingga kini USSA telah beroperasi di 60 buah negara.

LATAR BELAKANG KURSUS

Sebagai permulaan, ISN dan USSA akan menganjurkan dua jenis kursus iaitu seperti berikut:
i) Persijilan Pengurusan Sukan
ii) Persijilan Kejurulatihan Sukan

i. Persijilan Pengurusan Sukan (Certification in Sports Management)

Persijilan Pengurusan Sukan memberi peluang kepada peserta meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan sukan seperti perniagaan, pentadbiran, pengurusan kakitangan, pemasaran, perhubungan awam, pengurusan kemudahan dan pembangunan program.

ii. Persijilan Kejurulatihan Sukan (Certification in Sports Coaching)

Pe
rsijilan Kejurulatihan Sukan memberi peluang kepada peserta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bagi membantu mereka berjaya di dalam aspek kejurulatihan di pelbagai peringkat penglibatan. Kursus ini akan menumpukan kepada aspek metodologi, psikologi sukan, suaian fizikal, pemakanan, perubatan sukan, pentadbiran kemudahan dan pengurusan program.

Kursus Persijilan ini diiktiraf diperingkat antarabangsa.

KANDUNGAN KURSUS
Kursus Persijilan ini mengandungi 6 modul. Setiap peserta wajib menyertai semua modul ini.

i) Persijilan Pengurusan Sukan (Certification in Sports Management)

a) Pentadbiran Sukan (Sports Administration)

b) Perniagaan dan pengurusan kakitangan (Sports Business and Personnel Management)

c)
Pemasaran Sukan (Sports Marketing)

d) Pengurusan Kemudahan dan Pembangunan Program (Sports Facilkities and Event Management)

e) Dana Sukan (Sports Fundraising)

f) Perhubungan Awam (Sports Public Relation)

ii) Persijilan Kejurulatihan Sukan (Certification in sports Coaching)

a) Metodologi (Sports Caoching Methodology

b) Perubatan Sukan (Seminar in Sports Medicine)

c) Psikologi Sukan (Sports Psychology)

d) Pentadbiran Kemudahan dan Pengurusan Program (Sports Facilities and Event Management)

e) Pentadbiran Sukan (Sports Administration)

f) Suaian Fizikal dan Pemakanan ( Sports Conditioning and Nutrition)

Calon-calon yang lulus kursus ini akan layak mengikuti Kursus Diploma yang dijangka ditawarkan pada tahun 2010.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURSUS

• Melahirkan lebih ramai penggiat sukan termasuk atlet, jurulatih dan pentadbir sukan yang kompeten dan berkebolehan untuk memikul tanggungjawab membangunkan sukan negara ke tahap yang lebih tinggi supaya pencapaian cemerlang para atlet negara akan menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.

• Program ini dijangka akan dapat melahirkan seramai 1,048 tenaga pakar tempatan yang mahir dan terlatih untuk menguruskan agenda sukan negara menjelang tahun 2012.

• Memantap dan menyokong pelaksanaan Skim Persijilan Kejurulatihan (SPKK).

• Bekerjasama rapat dengan Persatuan Sukan Kebangsaan dan agensi sukan untuk melatih jurulatih dan pentadbir sukan tempatan.

• Menyediakan ruang dan peluang melanjutkan pendidikan dalam bidang pengkhususan sukan kepada mereka yang berminat seterusnya membuka peluang pekerjaan dan menjana kerjaya yang menarik kepada pengiat sukan.

• Selaku langkah perintis ke arah penubuhan Universiti Sukan Negara

PEMILIHAN CALON PESERTA KURSUS

• Calon yang sesuai bagi program ini akan dikenalpasti dari kalangan atlet dan bekas atlet kebangsaan, jurulatih, pegawai dan pentadbir sukan di KBS, ISN, MSN, KSN, MOM, PSK/Negeri, Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS), Kementerian Pelajaran Malaysia, serta agensi luar dan kelab sukan yang berminat.

Yuran bagi calon-calon yang dikenalpasti adalah percuma sementara yuran bagi peserta lain adalah sebanyak RM 3,000.00.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Bahagian Penyelidikan dan Akademik. Puan Sharifah Amilia (tel: 016-9081570) dan En. Ahmad Saferi (tel: 017-2600306).



http://www.isn.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=201&Itemid=207&lang=ms

AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster